Wednesday, January 26, 2011

Hospital pecat petugas bertudung

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran

SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.
Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi.
Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran.
Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.
Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.
“Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji,” kata Fahmi. “Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar.” Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).
Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.
Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.
“Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara,” kata Fahmi.
Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah ‘sesuatu yang serius’ kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.
Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.
Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya,” katanya.
Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah.

*kemana perginya keadilan bagi penganut ISLAM kalau da ade "discrimination" cmni..nauzubillah..

Monday, January 24, 2011

Kualiti air SYABAS terbaik...TERBAEK KERR???

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan penggunaan penapis air di kalangan orang ramai berikutan tahap kualiti air yang disalur syarikat itu kepada pengguna menepati Piawaian Kualiti Air Minuman Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina A Rahim Marican, berkata beberapa kajian yang dilakukan pihaknya mahupun KKM mendapati penapis air yang digunakan mampu menyah klorin yang terkandung dalam air terawat yang disalur Syabas ke paip pengguna.

“Kami tidak menggalakkan pengguna untuk menggunakan penapis air kerana air yang dibekalkan pihak kami kepada paip pengguna berkualiti, selamat dan boleh terus diminum. Ini kerana kami memastikan terdapatnya dua miligram klorin bagi setiap liter air yang dibekalkan kepada pengguna.
“Klorin adalah komponen utama diletakkan khas untuk membasmi bakteria, namun penapis air mempunyai objek yang mampu menyah klorin sekali gus menyebabkan air yang sampai ke paip pengguna tidak lagi dilindungi dan dijamin selamat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air Syabas di Kolej Antarabangsa Sains Perubatan Pusrawi (Picoms), di sini, semalam. Hadir sama Ketua pegawai Eksekutif Picoms, Ahmad Zakuan Khairuddin dan Pengurus Besar Syabas Wilayah Kuala Lumpur, Shahruddin Abd Rahman.

Menurutnya, bukan hanya kurang kesedaran, malah pengguna kini mudah terpengaruh dengan strategi pemasaran yang dilakukan syarikat penjual penapis air menyebabkan masih ramai yang menggunakan alat penapis itu.

Katanya, sehubungan itu pihaknya kini giat menjalankan kempen kesedaran mengenai kualiti air yang dibekalkan Syabas kepada pengguna dan program peningkatan kualiti air antaranya penggantian paip lama, pencucian kolam, pencucian paip agihan dengan menggunakan kaedah `air scouring,’ dan penggantian paip komunikasi.
“Sejak kempen ini diperkenal pada 2008 dan pelbagai program dianjurkan, kami dapati aduan mengenai kualiti air oleh pengguna semakin berkurangan. Malah siasatan mendapati aduan yang dibuat kebanyakannya membabitkan masalah paip dalaman pengguna seperti tangki tidak bersih dan penggunaan penapis air dan bukannya berpunca dari Syabas,” katanya.

 *yolah tu!!sangat terbaik!! pai stiap selang 3 hari aku kne tuka filter air kat lua uma sbb da terlalu BERKELADAK dan HITAM LEGAM..terbaik sgt2..sebab terbaik sgt la maka akan banyak manusia akan "hidup lama glerrr" sbb minum air direct SYABAS!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails