Thursday, December 23, 2010

Ditumbuk dan dipijak doktor

ouchhhh!!!!
SUBANG JAYA: Hanya kerana mahu mendapatkan laporan perubatan mengenai penyakitnya, seorang wanita berusia 25 tahun cedera di muka dan badan selepas ditumbuk serta dipijak doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta, di sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, doktor berusia 40 tahun terbabit turut mengugut untuk menyuntik mangsa dengan ubat didakwa mengandungi racun yang boleh membunuh.

Tidak cukup dengan itu, tunang mangsa berusia 27 tahun yang cuba menenangkan keadaan selain mendapatkan penjelasan mengenai tindakan ganas doktor terbabit turut diserang dan dipukul. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang sudah tiga minggu mengalami demam dan belum pulih walaupun beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik terbabit meminta doktor itu mengeluarkan laporan perubatan tahap kesihatannya.
“Ini kerana mangsa mahu mendapatkan rawatan di klinik lain disebabkan kecewa kerana masih tidak sembuh biarpun sudah lama mendapatkan rawatan di klinik itu.

“Mangsa mendakwa dia bimbang dan hairan mengapa penyakitnya tidak sembuh walaupun doktor terbabit mengatakan dia hanya demam biasa.

“Tindakan mangsa menyebabkan doktor itu berang dan dia mula memarahi serta memaki hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

Sumber itu berkata, doktor terbabit yang gagal mengawal kemarahannya menumbuk muka mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh sebelum badannya dipijak. “Mangsa berlari keluar dari bilik rawatan dan meminta pertolongan tunangnya yang menunggu di tempat letak kereta. Namun, ketika tunang mangsa cuba mendapatkan penjelasan dia diserang doktor terbabit yang meluru keluar dari kliniknya,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor itu berhenti menyerang dan masuk ke dalam klinik mangsa bersama tunangnya meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun, doktor itu keluar semula dari klinik dan menerkam ke arah pasangan itu sambil menunjukkan satu jarum suntikan yang didakwanya memiliki ubat beracun yang mahu disuntik ke badan mereka.
“Pasangan terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melarikan diri walaupun dikejar suspek,” kata sumber itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

*ini macam punya doc pun ade ke..pysco..sure ade mslh jiwa..kalau ade 10 doc camni cnfirm org sume tkt nak g checkup da...dasattt dasatttt... ~.@

Thursday, December 2, 2010

Kaji larangan motosikal masuk bandar????? Gila ke hape!

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji cadangan menguatkuasakan larangan motosikal persendirian memasuki bandar raya ini sebagai usaha terbaru membendung kegiatan jenayah jalanan, termasuk masalah sosial daripada terus berleluasa.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata cadangan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah metropolitan yang selamat dan sejahtera melalui pelaksanaan Pelan Greater Kuala Lumpur.
Konsep Kuala Lumpur Bebas Motosikal harus dikaji, seterusnya dipertimbangkan untuk dilaksanakan kerana potensinya dalam membantu usaha kita memerangi jenayah jalanan, terutama membabitkan kes samun dan ragut sekitar bandar raya.
Ini sekali gus menyumbang kepada penurunan indeks jenayah di Kuala Lumpur pada masa depan seperti dicapai sepanjang tahun ini yang lebih baik daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas majlis serah tugas Ketua Polis Kuala Lumpur kepada penggantinya, Datuk Zulkifli Abdullah sambil disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Difahamkan, pendekatan sama turut diamalkan di China, Syria dan beberapa negara Timur Tengah ketika ini khusus bagi membanteras penjenayah bermotosikal.

Bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kesesuaian cadangan itu termasuk mengambil kira faktor ekonomi kerana motosikal masih menjadi pengangkutan utama di kalangan rakyat negara ini, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana.
Muhammad Sabtu yang kini memegang portfolio Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, berkata kertas kerja mengenai cadangan itu sudah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk diteliti.
 
*memang mengarut!abis tu moto da xle guna da????pastu biar kl jammed tambah trk..skrg da la da jammed sekian..nnt da xle nk nek moto lagi sekian..OTAK ADA KA???aiyoooo.....

Monday, November 29, 2010

Sujud mendakap jenazah suami tercinta

KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.

Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.
Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.

Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.
Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.

Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.

Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.

Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.

“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan.

Wednesday, November 24, 2010

Penyakit mudah marah perlu dirawat..Boleh KE???

Artikel dipetik dari harian metro khamis 25 Nov 2010..
KUALA LUMPUR: Individu yang mudah marah seharusnya berusaha mencari rawatan bersesuaian sama ada dari sudut agama atau perubatan moden, kerana amarah yang tidak terkawal sejenis penyakit yang perlu dipulihkan segera sebelum ia membawa kesan buruk kepada diri sendiri atau orang sekeliling.
Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Profesor Madya Md Izuddin Ali berkata, dalam melayari alam berumahtangga, perasaan marah boleh membawa masalah, tetapi pasangan perlu bijak bersama-sama mengawalnya.
Beliau berkata, bagi pihak isteri, mereka digalakkan supaya tidak menaikkan kemarahan suami yang sedia baran iaitu dengan tidak melakukan perkara membangkitkan amarah, namun suami juga perlu banyak bersabar serta tidak mudah melenting.

“Namun, ada juga suami memang jenis baran sehingga apa saja dilakukan isteri tidak kena pada matanya dan di sinilah suami perlu mendapatkan rawatan iaitu sama ada pengetahuan dari segi agama atau moden bagaimana untuk menangani rasa marah.

“Dari sudut agama, seseorang yang marah itu digalakkan mengambil air sembahyang, atau duduk jika sedang berdiri atau baring jika duduk dan digalakkan mengaji, berzikir ataupun bersembahyang bagi menghilangkan rasa marah.

“Dari segi perubatan moden pula, jangan malu untuk mendapatkan rawatan contohnya dengan bertemu pakar psikiatri atau kaunselor bagi mendapat nasihat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

*"Masalahnyer nak ke orang yang ada penyakit ni nak dirawat?? kebanyakannyer ada ego yang tinggi melangit..dan ade yang pura2 x mengaku x baran...ada jugak yang bila kte cakap dier baran je kte blk yang kene..sume terpulang pada kesedaran sendiri..ada yang kata jumpa psikitri ni orang cakap dier gila..bila dier anggap camtu ego yang menebal membahayakan nyawa orang lain..betul x? hurm......"

Monday, November 15, 2010

Tak seDar da Jadi Tunang Orang???

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:
   
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
 "Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? 

Touching Pantene Advertising ~.=



COngrats..Well Done!~

Thursday, November 11, 2010

MyKid Ekspres siap dalam satu jam

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam memperkenalkan program MyKid Ekspres yang dapat dikeluarkan dalam tempoh sejam berbanding 30 hari sebelum ini.

Buat permulaan, pengeluaran MyKid Ekspres itu terhad di Ibu Pejabat JPN di sini, sebelum diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, berkata MyKid Ekspres adalah inovasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam. “Sebelum ini MyKid kurang mendapat sambutan kerana tempoh masa yang lama untuk mengeluarkannya.

“Sekarang, MyKid dikeluarkan serentak dengan sijil kelahiran. Apabila ibu bapa memohon sijil kelahiran untuk pendaftaran kelahiran, pada masa itu juga kita mengeluarkan MyKid ini dalam tempoh hanya sejam,” katanya selepas melancarkan program MyKid Ekspres dan sambutan Hari Inovasi JPN, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Depoh, Datuk Mahmed Asri Yusof.

Sehingga kini, kira-kira 2.8 juta MyKid dikeluarkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2003 di Semenanjung dan Mei tahun lalu di Sabah dan Sarawak.
MyKid adalah kad pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang bertaraf warga negara ketika permohonan pendaftaran kelahiran.
Mykid yang mempunyai ciri keselamatan sama dengan MyKad, mengandungi aplikasi utama seperti maklumat JPN, maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.

Mahmood berkata, selain menjadi dokumen alternatif kepada sijil kelahiran, MyKid boleh dimanfaatkan sebagai kad bagi sistem kehadiran pelajar di sekolah, pendaftaran kemasukan sekolah, sistem profil murid serta sistem pendaftaran hospital.

Katanya, JPN juga sedang berusaha untuk mempercepatkan pengeluaran MyKad yang kini mengambil masa sehari.

"Sasaran Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi JPN adalah memastikan MyKad boleh dikeluarkan dalam tempoh setengah jam. Mereka sedang berusaha untuk melakukannya," katanya.


P/S: mari kte tgk kesahihannyer...btl satu jam ke berjam-jam.. ~.=

Die Hard fan SO7



seyes die Hard fan SO7, sesape yang rasa2 akan meng'sumbang'kan lagu SO7 baik jangan nyayi lagu ni dpn kuceng ni..klu x sure bengkak2 kne geget!  ~.=

Disimbah asid oleh ahli keluarga sendiri



Agak2 apa la salah dier ni sampai keluarga sendiri tergamak simbah asid kat dier...kejam sgt kot klu btl dier ada wat slh pape..x nampak pulak dier ni seorang yang membahayakan..gaya2 samseng ke...ape ke..tp 'Y'?????

Wednesday, November 10, 2010

Bunuh ibu, penganggur direman

KUANTAN 10 Nov. - Seorang penganggur yang menetak ibunya dengan kapak di Felda Chini Timur 1, dekat Pekan, ditahan reman selama seminggu sehingga Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas suspek yang berusia 23 tahun.
"Buat masa sekarang, siasatan masih dijalankan. Kita akan dakwa dalam masa terdekat apabila laporan siasatan lengkap nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, seorang ibu maut selepas cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat ditetak anak lelakinya dengan kapak di Felda Chini Timur 1, dekat Pekan.
Suspek dipercayai menuntut ilmu salah sehingga mempunyai niat membunuh ibunya, Che Wa Isa, yang berusia 57 tahun.
Menurut Yahaya, hasil siasatan terhadap suspek mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Kita percaya suspek bukan penagih dadah tegar namun tidak menolak kemungkinan suspek pernah mengambil ganja untuk suka-suka," katanya.
Ditanya sama ada suspek pernah menerima rawatan pesakit mental, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat berkenaan.
"Kes ini masih terlalu awal untuk diketahui punca serta motif kejadian. Siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.

" Patutnyer budak camni hukum gantung je..family bela sehabis baik senang2 je nk tetak mak sendiri!"  fuh....emo aku..~.-

Surat Kebenaran Berpoligami


Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa ,

24300,

Kemaman Terengganu

Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa ,

24300,

Kemaman Terengganu

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

gelaran diri yang paliNg SESSUAiiiii???


Ape sebenarnyer gelaran diri yang patut digunakan dlm Blog ni ek..confius..sbb tu kdg2 guna 'den la, saye pn ada, aku pn ade tp aku tu mcm kaso sgt plak dah...gua - gua lu lu ke...mcm samseng plak dah..:P

ade Idea x?

KembaLi MengaktiFkan Diri...=))

Lama tul "puan raihan" ni menyepi kan...hehe..tersangat2 lah bz nyer x terkata..melayan family, suami, kucing2 gemok d rumah n kawan2 sekalian..(chewah..alasan..sebenarnyer xde idea..:P)
Btol..btol..memang bz..mak baru kluar hospital patah tgn jatuh kat tesco, dgn abah pulak baru je buat bypass, dengan diri sendiri baru je sehat dr symptom "1st trimester" ni..ekkekeke..ulang alik g keje KL-KLANG hari2..fiuuuuuuuuu...senang kata 2010 ni memang penuh dgn kejutan..penuh!padat!sarat!...fenat2..

Bagi kawan2 blog yang xde "fesbuking" walaupun berita ni da lapuk..tp saya advertise je..saya da selamat di ijab qabulkn pada 11 Jun 2010 di Masjid Ar-Rahimiah jam 9.25 minit malam..:)
Kat sini saya selitkan beberapa sedutan semasa diijab qabul dan majlis yang berlangsung di rumah pada 12 Jun 2010..(Ujan yang amat la lebat..apela petanda...tunang ujan lebat, sanding lagi lebat..) sbb lupa nak baling sepentot kat atas bumbung kot..:P

enjoy.... ~.-

Majlis Ijab Qabul 11 Jun 2010




Majlis Persandingan 12 Jun 2010




Ujan lebat oooooooo....

Tuesday, March 16, 2010

Saya Da Nak KaweN???



Assalamualaikum semua....hehe..
Agak lama gak aku menyepi dr blog ni..ketandusan idea n idup yang membosankan...ehhe...tp dlm bosan2 tu ade gak yg menarik ( yer kot!!)
Yang Pertama.............
1. Aku Da Nak Kawen


2. Aku Da nak Kawen Dah


3. Yeayy...aku da nak kawenn..


4. Lg 3 bulan aku kawen oiiiiii!!


hehe...berdebar2 rasanyer nk kawen ni..setelah ditimbang,ditapis,diuli,dianyam,dikira semua da sebulat kata 12hb June 2010 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1431 Hijrah aku akan berkahwin n secara rasminyer tak lagi memegang status single n available tu...terusss jd x available...hehe...

Persiapan tu da mula sket2..sopping pun da mula da...Aku harap semua akan berjalan dgn lancar n xde masalah yg enter frame...dan sekarang aku mula nk mntk nasihat sket2 dari org yang sudah berkahwen ni....bab itu la, bab ini la, bab "TUT" laa..mcm2 respon aku dapat..hehe...
Aku ni minah blur sket...dlm berdebar2 ni aku mula blur nk mula camne..tLg bagi sket nasihat SiPU- SipU n OtaI - Otai Yang Da Berkawen Ni...nk berguRu jap..yelaaa....naK kaWen MMg SenanG..Cerai Lg SenaNg....UUUUiiiiiiiiiii...MinTak SimPang!!!!!! sebab tu skrg aku mula MempersiapKan diri nk Menghadapi Alam bAru nanTi..doa- DOAkN YeR....

teMa aku nnT insYaaLLah AppLE Green..wat Ala kadaR je...xde Grand2 sbb BudgeT pun x GranD..SesiaPa yang MengenaLi aku sila Lah HAdir NNt yer....nnt aku UpdaTe kad pUlak pasNi..Kad akU wat senDiri, DeSiGn SendiRi..JimAt Koss..hehehe
SediKiT SedUtan maSa MenGeteS BAju..=P

Saturday, January 23, 2010

Alhamdulillah...

(alamak!!!blur lak gmbr nie..sory yer!=P)

Alhamdulillah ade improvement sen aku dlm nuffnang jd 0.50!heehe..even baru meningkat sket je tp ni dah dikira satu peningkatan utk aku yang baru dalam bidang MemBloG ni..tambahan lagi aku x slalu mengupdate blog ni...hehehe....aku harap akn ade peningkatan lagi pasni....aMin.....doa2kan yer kawan-kawan....

Friday, January 8, 2010

Perangai KUcenG-KuCenG kesaYangAnku~

PenyerI hiDup yang Sangat banYak soNGeh dan menGGemBiraKAn hati..kaLAu penaT2 baLik Keje tgk Dorg TeruS iLAng SertA merTa.. Mama Love U oLSs...

Xara and RomeO..
my Cute and FattY CaTs..
~ROMEO~
tido pun nak pelok teddy
~XARA~
syiiook landing atas bantal

SambunG lagi....

Citerku kembali bersambung....slain dari suprised celebrate besday gue...ade 1 lagi perkara berlaku masa besday aku ritu.....

sume berlaku masa aku kat opis....kononnyer nak turun bwh g capsquare g Digi Centre..tekan2 butang lif x nyala..aku tekan lagi...tekan! tekan!tekan!.........tapi tak jugak2 menyala......syaitonirojim tul la.....tgh aku menekan2 punat lif tu dgn kasar tetiba bunyi

KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGG..................................!!!!!!!!!!

terkezutt berok aku......dah bunyik pulak dier....aircond sume mati...org plak lintang pukang lari....
aku pulak lari masok opis...macam biasa la...org opis aku yg sorg ni menggelabah sket....mudah pressure...aku g kat tepon bomba yg disediakan dekat tangga kecemasan aku kol cakap tingkat 37 ade 3 special case...hahahaha!!!!!bijak tak aku...ahhahaha!!!!
nak MaMposss.....tingkat 37 tuuuu....mau melepek aku kalau turun tangga.....huhu..kebetulan mmg ade sorg dak opis aku yg pregnant..apa laaaggiiiiii......x lma lepas tu..KTiNGG....lif kecemasan bukak...aku pun masuk dgn selamba dan tenang sedangkan yg lain ntah2 tercungap2 duk turun tangga.....hehe....dak opis aku yg lain da cabut lari awl2 turun tangga.....pas tu ilang ntah kemana.....rupa2nyer dorang g wat msa kecemasan tu sbg masa "TEA TIME"!! lagi kurengg...haha~
pai kat bwh baru aku nampak betapa ramainyer manusia kat menara MULTI PURPOSE ni....dari tgkat bwh sampai la tingkat 40..ahhaa..apela agaknyer natijah org yang duk kat tgkt 40 tu turun tangga kan...huhu...

ni la rupanyer MENARA MULTI PURPOSE dimana tempat aku bekerja....
tingkat 37....nuunnn di atas sana...

bila da ade kat bwh bomba ade SEKETUL je.....hahaha.....mmg betul2 latihan kebakaran....x real langsung....myb aku x terasa sbb aku nek lif kot...hahaha....x byk gambo aku amek masa tu, ade la sket2..antaranyer ni...

seketul je bomba nyer....wat cukup syarat...hahhahaha...
yang gambo bwh ni salah seorang pekerja di tgkat 37..pekerja syarikat ELLATEC..dikenali sbg hamizul a.k.a ACID...dier ni mmg suka enter frame...=P
sebahagian pekerja2 di MENARA MULTI PURPOSE



Monday, January 4, 2010

Im bAck afta 2 weeks keep silence.....=P

Fuhh!!kira2 da dekat 2 minggu den x mengapdet blog kesayangan ni..hehe...
xpe2..den da kembali...=)
Last den cito pasal pre besday den..den x cito laei pasal oN D day Of BesdaY den..=P
hehe...macam biasa tepat kul 12 tu mak abah den wish dan kish besday den dapat dari mak abah den yang paling den sayang dalam dunia ni..mmmuahhh...lap u mummy and daddy..sebelom den tdo den sempat bukak fb den...tankiu pada semua yang mengewish besday den.... LOVE U OLSS..soknyer den kejo macam biasa..(blasah la bahasa...rojak!! =D) balik den dijemput oleh tunang den c itam manis naek moto...=P dier suh den wat wish..den x terpikio apo2 wish..nak poe bukit ampang jalan jammed nak mampuih...last2 den suh dia je decide...dio sonyap........dibawaknya den poe ke uma org tua dio...den sonyap...rupa2nyer nak tuka kete daa....(penat la ckp den2 ni..tuka loqratt balek..=P)
dalam kete dier senyap je.....marah ke dier aku x wat wish..hukhuk....masyamm je muka....=(
aku pun tny dier kata duk pk nak g mane..hurm..aku pun menurut aje...tp gaye jalan tu ke arah mid valley..hurm..nak g sopping kot..=P hehe...tup2..sah dier masuk parking mid valley....aku tny nak g mane dier kate xde idea nak g mane..so jalan2 je kat mid valley..aku pun on aje...mmg aku suka window shopping nih..=D
Mula2 jalan kat area tempat2 restaurant kat level bwh mid valley tu..aku pun ikut je..pas2 aku terasa nak g jalan2 kat the garden...dier kata ON..on sokmo..sambil jalan2 sambil snap2 gambo..hehe..
sambil jalan2 sambil KlIk..KlIk..=D
sempat gak masuk boutique fav..hehe..

senang kata jalan tanpa arah dan tujuan...cheeewaahh..
pas2 masuk pintu ke arah cititel..hoo??nak dibuat hape pulak ni...aku da mula jadi blur dan bangang....?????????
x cukup dan kebangangan aku masa tu ditambah lagi dier pegi kat hotel boulevard pulak...haissshhhh.....mamat ni nak check in ke..????
kalau la bole nampak tanda soal kat pala aku masa tu sure x terkira..nak marah pun ade.... penat..fuhh!!~
mau aku jadi lembu gila camni..penat+sakit kaki+lapo..

pastu dier suh aku tggu kat lua..dier kata nak g kaunter receptionish..apehal pulak dgn mamat ni..mcm2 dalam pala hotak aku..pas2 dier dtg blk cakap jom!!!! ....sambil mntak ic aku katanyer nak check in...aku pun dalam kebangangan + blur tny macam2.. ntah mane2 lorong dier bwk..last2...aku tgk dier menghala ke restaurant hotel tu sambil aku disambut mesra pelayan restaurant tu....huh~
aku masih lagi blur+ excited...SUPRISED KAH INI?????
pelayan tu terus bawak kitorg ke meja makan..ade aku dgn dier je dalam restaurant tu sambil ditemani pelayan2..haha....dier pulak senyum2 kambeng....hampeh tul...dier pekena aku da.....sempat aku stana dier skali tanpa peduli lokasi aku masa tu....mati2 aku pikir dier nak ajak aku romen kat hotel..haha!!~

dan......ini la beberapa sedutan gambo2 yang aku sempat amek sebelom aku kekenyangan makan kat situ..hehe...TaNkiU abang....=)
LOkaSi temPat keJadiAn..

perkarangan....
menunyer...
pose sikett...=P
tukang plan suprised yang ku sayang..=P
food Starter..
1sT mEnU
2Nd Menu
Dessert
LiHat PerOtku....BunCet kannnn....coverLah...maLuuuuuuuu!!!~













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails