Wednesday, November 10, 2010

Bunuh ibu, penganggur direman

KUANTAN 10 Nov. - Seorang penganggur yang menetak ibunya dengan kapak di Felda Chini Timur 1, dekat Pekan, ditahan reman selama seminggu sehingga Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas suspek yang berusia 23 tahun.
"Buat masa sekarang, siasatan masih dijalankan. Kita akan dakwa dalam masa terdekat apabila laporan siasatan lengkap nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, seorang ibu maut selepas cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat ditetak anak lelakinya dengan kapak di Felda Chini Timur 1, dekat Pekan.
Suspek dipercayai menuntut ilmu salah sehingga mempunyai niat membunuh ibunya, Che Wa Isa, yang berusia 57 tahun.
Menurut Yahaya, hasil siasatan terhadap suspek mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Kita percaya suspek bukan penagih dadah tegar namun tidak menolak kemungkinan suspek pernah mengambil ganja untuk suka-suka," katanya.
Ditanya sama ada suspek pernah menerima rawatan pesakit mental, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat berkenaan.
"Kes ini masih terlalu awal untuk diketahui punca serta motif kejadian. Siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.

" Patutnyer budak camni hukum gantung je..family bela sehabis baik senang2 je nk tetak mak sendiri!"  fuh....emo aku..~.-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails