Wednesday, November 24, 2010

Penyakit mudah marah perlu dirawat..Boleh KE???

Artikel dipetik dari harian metro khamis 25 Nov 2010..
KUALA LUMPUR: Individu yang mudah marah seharusnya berusaha mencari rawatan bersesuaian sama ada dari sudut agama atau perubatan moden, kerana amarah yang tidak terkawal sejenis penyakit yang perlu dipulihkan segera sebelum ia membawa kesan buruk kepada diri sendiri atau orang sekeliling.
Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Profesor Madya Md Izuddin Ali berkata, dalam melayari alam berumahtangga, perasaan marah boleh membawa masalah, tetapi pasangan perlu bijak bersama-sama mengawalnya.
Beliau berkata, bagi pihak isteri, mereka digalakkan supaya tidak menaikkan kemarahan suami yang sedia baran iaitu dengan tidak melakukan perkara membangkitkan amarah, namun suami juga perlu banyak bersabar serta tidak mudah melenting.

“Namun, ada juga suami memang jenis baran sehingga apa saja dilakukan isteri tidak kena pada matanya dan di sinilah suami perlu mendapatkan rawatan iaitu sama ada pengetahuan dari segi agama atau moden bagaimana untuk menangani rasa marah.

“Dari sudut agama, seseorang yang marah itu digalakkan mengambil air sembahyang, atau duduk jika sedang berdiri atau baring jika duduk dan digalakkan mengaji, berzikir ataupun bersembahyang bagi menghilangkan rasa marah.

“Dari segi perubatan moden pula, jangan malu untuk mendapatkan rawatan contohnya dengan bertemu pakar psikiatri atau kaunselor bagi mendapat nasihat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

*"Masalahnyer nak ke orang yang ada penyakit ni nak dirawat?? kebanyakannyer ada ego yang tinggi melangit..dan ade yang pura2 x mengaku x baran...ada jugak yang bila kte cakap dier baran je kte blk yang kene..sume terpulang pada kesedaran sendiri..ada yang kata jumpa psikitri ni orang cakap dier gila..bila dier anggap camtu ego yang menebal membahayakan nyawa orang lain..betul x? hurm......"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails