Monday, January 24, 2011

Kualiti air SYABAS terbaik...TERBAEK KERR???

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan penggunaan penapis air di kalangan orang ramai berikutan tahap kualiti air yang disalur syarikat itu kepada pengguna menepati Piawaian Kualiti Air Minuman Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina A Rahim Marican, berkata beberapa kajian yang dilakukan pihaknya mahupun KKM mendapati penapis air yang digunakan mampu menyah klorin yang terkandung dalam air terawat yang disalur Syabas ke paip pengguna.

“Kami tidak menggalakkan pengguna untuk menggunakan penapis air kerana air yang dibekalkan pihak kami kepada paip pengguna berkualiti, selamat dan boleh terus diminum. Ini kerana kami memastikan terdapatnya dua miligram klorin bagi setiap liter air yang dibekalkan kepada pengguna.
“Klorin adalah komponen utama diletakkan khas untuk membasmi bakteria, namun penapis air mempunyai objek yang mampu menyah klorin sekali gus menyebabkan air yang sampai ke paip pengguna tidak lagi dilindungi dan dijamin selamat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air Syabas di Kolej Antarabangsa Sains Perubatan Pusrawi (Picoms), di sini, semalam. Hadir sama Ketua pegawai Eksekutif Picoms, Ahmad Zakuan Khairuddin dan Pengurus Besar Syabas Wilayah Kuala Lumpur, Shahruddin Abd Rahman.

Menurutnya, bukan hanya kurang kesedaran, malah pengguna kini mudah terpengaruh dengan strategi pemasaran yang dilakukan syarikat penjual penapis air menyebabkan masih ramai yang menggunakan alat penapis itu.

Katanya, sehubungan itu pihaknya kini giat menjalankan kempen kesedaran mengenai kualiti air yang dibekalkan Syabas kepada pengguna dan program peningkatan kualiti air antaranya penggantian paip lama, pencucian kolam, pencucian paip agihan dengan menggunakan kaedah `air scouring,’ dan penggantian paip komunikasi.
“Sejak kempen ini diperkenal pada 2008 dan pelbagai program dianjurkan, kami dapati aduan mengenai kualiti air oleh pengguna semakin berkurangan. Malah siasatan mendapati aduan yang dibuat kebanyakannya membabitkan masalah paip dalaman pengguna seperti tangki tidak bersih dan penggunaan penapis air dan bukannya berpunca dari Syabas,” katanya.

 *yolah tu!!sangat terbaik!! pai stiap selang 3 hari aku kne tuka filter air kat lua uma sbb da terlalu BERKELADAK dan HITAM LEGAM..terbaik sgt2..sebab terbaik sgt la maka akan banyak manusia akan "hidup lama glerrr" sbb minum air direct SYABAS!

2 comments:

Mr Coway said...

Klorin adalah cara termurah utk kerajaan membersihkan air tetapi kandungannya berbeza disetiap kawasan di Malaysia ini. Kalau nak penapis yg tak perlu anda servis sendiri, hubungi saya.Coway

Kabul.Idris said...

sebenarnya SYABAS mmg dah rawat air tu, tapi yg buat kotor adalah LALUAN YANG DIGUNAKAN , unttuk sampai ke paip rumah kita aku mabik arr 100KM. Dlm nak sampai tu air tu absorb semua kotoran yg ade pada besi bawah tanah tu,karat2, dan semua kotoran diangkut sekali....

Agaknya Puan yang bercakap tu mmg sengal kot....Cakap tak guna akal...Nama je belajar tinggi2. Ade tak payah pakai filter?? Gile kee...

Maybe die nak buah pinggang die ROSAK kot....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails