Tuesday, August 23, 2011

Vaksin HPV - Suntikan Pencegahan Kanser Serviks & Ujian Pap Smear

Pagi ni aku tetiba teringat kat iklan suntikan HPV (nama sebenar Human Papilloma Virus) iaitu suntikan pencegahan kanser serviks.Suntikan ni diberikan percuma pada remaja perempuan berumur 13 tahun. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta utk suntikan ni. Pastu aku terpikir aku da 26 kn amik gak ke vaksin ni?bape plak kos dier?kat mane pulak aku nak amik vaksin ni klau aku kne amik?
Jadi pagi2 lagi aku da cari info pasal Vaksin HPV ni.
Suma wanita terdedah kepada HPV ni.Lebih-lebih lagi pada wanita yang dah berkawin dan yang kerap bertukar pasangan. Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr Abdul Aziz Yahya pulak,punca berlakunya barah pangkal rahim ialah wanita merokok, menggunakan pil perancang keluarga dalam tempoh lama, jangkitan HIV dan kerap melahirkan anak.. hurm..
Tanda-tanda awal kanser serviks ni antaranya mengalami tanda luar biasa pada dirinya seperti haid tidak tetap, warna darah haid berbeza, berlaku pendarahan selepas bersama suami dan keluar lendir dengan warna berbeza berbanding biasa daripada vagina wanita terbabit, jadi elok la segera jumpa doktor ye!
Harga suntikan ni agak mahal bagi yang kurang berkemampuan dalam anggaran RM 600 ke RM1,000. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
            Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
            Suntikan kedua    - 1 bulan selepas suntikan pertama.
            Suntikan ketiga    - 6 bulan dari suntikan pertama.
Selain dari cara mengambil vaksin ni, ada cara lain untuk detect kanser serviks ni iaitu melalui Ujian Pap Smear atau nama saintifiknya Ujian Papanicolaou.Cara ujian ni dilakukan pulak dengan mengunakan kayu spatula,secebis kapas atau berus, kemudian alat tu akan dimasukkan ke dalam alat sulit wanita utk mengambil sampel tisu dengan cara mengikis sedikit tisu tersebut.Untuk ujian ni, remaja yang berumur 18 tahun ke atas dan wanita yang penah melakukan seks digalakkan melakukan ujian ni.Masa yang terbaik untuk melakukan ujian ni pada 10 hingga 20 hari selepas haid pertama.Kos untuk ujian ni dalam anggaran RM40 ke RM50 rggt.Tapi kebayakan wanita takut melakukan ujian ni. Takut sakit katanya,so bole la dipilih antara pengambilan Vaksin HPV ni (yang agak mahal) atau pun melalui cara Ujian Pap Smear ni..terpulang pada individu..:) tapi kene ingat suntikan tu untuk pencegahan kanser serviks tp ujian pap smear ni untuk ujian, jadi maknanya ujian pap smear ni kne selalu dibuat dari semasa ke semasa untuk pastikan kita bebas dari penyakit PEMBUNUH NO 1 wanita ni..
Kat sini saya sertakan beberapa video pasal suntikan HPV ni dan video procedure Pap Smear.




1 comment:

Irfa said...

hai..jumpa laman ni masa cari info ttg suntikkan vaksin hpv.

baru je lepas buat ujian pap smear.percuma je kat klinik kerajaan tp result lambat sikit la berbanding klinik swasta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails