Thursday, November 11, 2010

MyKid Ekspres siap dalam satu jam

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam memperkenalkan program MyKid Ekspres yang dapat dikeluarkan dalam tempoh sejam berbanding 30 hari sebelum ini.

Buat permulaan, pengeluaran MyKid Ekspres itu terhad di Ibu Pejabat JPN di sini, sebelum diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, berkata MyKid Ekspres adalah inovasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam. “Sebelum ini MyKid kurang mendapat sambutan kerana tempoh masa yang lama untuk mengeluarkannya.

“Sekarang, MyKid dikeluarkan serentak dengan sijil kelahiran. Apabila ibu bapa memohon sijil kelahiran untuk pendaftaran kelahiran, pada masa itu juga kita mengeluarkan MyKid ini dalam tempoh hanya sejam,” katanya selepas melancarkan program MyKid Ekspres dan sambutan Hari Inovasi JPN, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Depoh, Datuk Mahmed Asri Yusof.

Sehingga kini, kira-kira 2.8 juta MyKid dikeluarkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2003 di Semenanjung dan Mei tahun lalu di Sabah dan Sarawak.
MyKid adalah kad pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang bertaraf warga negara ketika permohonan pendaftaran kelahiran.
Mykid yang mempunyai ciri keselamatan sama dengan MyKad, mengandungi aplikasi utama seperti maklumat JPN, maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.

Mahmood berkata, selain menjadi dokumen alternatif kepada sijil kelahiran, MyKid boleh dimanfaatkan sebagai kad bagi sistem kehadiran pelajar di sekolah, pendaftaran kemasukan sekolah, sistem profil murid serta sistem pendaftaran hospital.

Katanya, JPN juga sedang berusaha untuk mempercepatkan pengeluaran MyKad yang kini mengambil masa sehari.

"Sasaran Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi JPN adalah memastikan MyKad boleh dikeluarkan dalam tempoh setengah jam. Mereka sedang berusaha untuk melakukannya," katanya.


P/S: mari kte tgk kesahihannyer...btl satu jam ke berjam-jam.. ~.=

4 comments:

Ana Lyana said...

hai anne, salam perkenalan..

lama betul nk tunggu MyKid ni keluar.. kalau dah buat sejam macam ni, bagusla...

Ana Lyana said...

lorr..ingat kan anne mane...

an rupanya..hahaha..junior ku...

Unknown said...

hehe..jom kte sama-sama tgk btl x sahih x berita ni..biasa nyer indah kabar dari rupa je..akak da ade bape org anak?

Unknown said...

ekekeke...senior ku rupanyer..ekekkekkee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails